Monday, 2 November 2015

Penyakit Misteri



Satu wabak penyakit misteri yang mengerikan telah melanda dan menyebabkan kematian banyak nyawa. Penyakit misteri ini berpunca     daripada satu virus baru yang berbentuk seakan cacing yang dinamakan Ebola. Nama tersebut diperoleh semperna nama Sungai Ebola dimana virus itu ditemui. Penyakit ini dahulunya dikenali sebagai demam berdarah yang boleh membawa maut.
Ebola masuk ke dalam populasi manusia melalui sentuhan dengan darah, cecair, organ atau cecair haiwan yang dijangkiti. Ebola kemudian merebak secara transmisi manusia ke manusia melalui sentuhan secara langsung orang yang sihat dengan darah, rembesan cecair seperti air liur, organ atau lain-lain cecair badan orang yang dijangkiti atau sentuhan dengan persekitaran seperti pakaian yang tercemar dengan cecair dari pesakit Ebola.
Di antara simptom-simptom pertama Ebola adalah demam, kelesuan, sakit kepala dan sakit tekak. Seterusnya diiikuti dengan muntah, cirit-birit, ruam, tanda-tanda fungsi buah pinggang dan hati terjejas. Dalam beberapa kes pendarahan dalaman dan luaran seperti darah dalam najis. Simptom akan wujud dan menjadi berjangkit selepas tempoh-tempoh tertentu. Namun begitu tidak ada sebarang ubat yang boleh mengubati penyakit Ebola ini.
Disebabkan wabak virus ini jarang berlaku, kajian berkenaannya masih belum berkembang. Beberapa vaksin dan ubatan masih dalam kajian namun belum diuji ke atas manusia. Setakat ini hanya rawatan untuk mengawal gejala ini sahaja yang dilakukan. Walaupun tiada kes virus ini dilaporkan di Malaysia tetapi informasi tentang wabak ini harus diketahui supaya masyarakat lebih berhati-hati dengan penularan wabak ini.



No comments:

Post a Comment