Monday, 16 November 2015

Pendidikan Dijadikan Bahan Perniagaan

Pendidikan dan pembelajaran merupakan keperluan dan isu yang sentiasa berkembang mengikut perubahan dan kehendak zaman. Hal ini malangnya telah menyebabkan ia telah dieksploitasi bagi tujuan keuntungan sesetengah pihak sahaja. Dalam isu kemasukan pelajar Timur Tengah ke IPT-IPT di Malaysia berikutan kesan dari peristiwa 11 September 2001 kerajaan tidak mengadakan sistem saringan yang ketat bagi memastikan mereka yang layak memasuki IPT di Malaysia sebaliknya mereka hanya memikirkan poket 'pihak tertentu' untuk mendapatkan keuntungan.
Sedangkan dalam masa yang sama kerajaan telah meminggirkan pelajar bumiputera yang mempunyai advanced diploma atau diploma lanjutan, mereka menghadapi masalah. Selain itu, dalam isu sekolah kluster pula dikatakan mirip kepada pentadbiran sekolah swasta yang akhirnya mementingkan soal keuntungan semata-mata sebaliknya mengenepikan kualiti pendidikan itu sendiri. Hal ini juga menimbulkan kebimbangan rakyat yang melihat bahawa cadangan tersebut akan mewujudkan mewujudkan jurang antara yang miskin dan kaya) dalam sistem pendidikan Negara.

Selain itu, tidak terkecuali bagi isu para ibu bapa pelajar sekolah yang dihantui dengan bebanan yuran sekolah yang terkadang tidak munasabah dengan keperluan pelajar. Contohnya, pada pembentangan Bajet Kewangan pada tahun 2008 yang lalu, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi telah mengumumkan penghapusan yuran Sekolah mulai tahun 2008. Namun, pada 1 Januari 2008 ibu bapa diseluruh negara digemparkan dengan caj Yuran Tambahan yang mencecah hingga RM 500.
Menghadapi era baru memungkinkan seribu cabaran dalam mendidik anak bangsa. Pelbagai isu yang melanda dunia pendidikan khususnya telah membuka mata pelbagai pihak untuk sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali peranan pendidikan dalam membina generasi yang intelek, bermoral dan berwawasan. Masih belum terlambat untuk mana-mana pihak berwajib mengambil pendekatan dan perubahan yang lebih baik. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan bermula dari peringkat bawah sehingga ke peringkat yang lebih tertinggi. Semoga pendidikan Negara akan mampu memacu perubahan yang lebih drastik ke arah mencapai wawasan dan harapan ummah.




Monday, 2 November 2015

Penyakit Misteri



Satu wabak penyakit misteri yang mengerikan telah melanda dan menyebabkan kematian banyak nyawa. Penyakit misteri ini berpunca     daripada satu virus baru yang berbentuk seakan cacing yang dinamakan Ebola. Nama tersebut diperoleh semperna nama Sungai Ebola dimana virus itu ditemui. Penyakit ini dahulunya dikenali sebagai demam berdarah yang boleh membawa maut.
Ebola masuk ke dalam populasi manusia melalui sentuhan dengan darah, cecair, organ atau cecair haiwan yang dijangkiti. Ebola kemudian merebak secara transmisi manusia ke manusia melalui sentuhan secara langsung orang yang sihat dengan darah, rembesan cecair seperti air liur, organ atau lain-lain cecair badan orang yang dijangkiti atau sentuhan dengan persekitaran seperti pakaian yang tercemar dengan cecair dari pesakit Ebola.
Di antara simptom-simptom pertama Ebola adalah demam, kelesuan, sakit kepala dan sakit tekak. Seterusnya diiikuti dengan muntah, cirit-birit, ruam, tanda-tanda fungsi buah pinggang dan hati terjejas. Dalam beberapa kes pendarahan dalaman dan luaran seperti darah dalam najis. Simptom akan wujud dan menjadi berjangkit selepas tempoh-tempoh tertentu. Namun begitu tidak ada sebarang ubat yang boleh mengubati penyakit Ebola ini.
Disebabkan wabak virus ini jarang berlaku, kajian berkenaannya masih belum berkembang. Beberapa vaksin dan ubatan masih dalam kajian namun belum diuji ke atas manusia. Setakat ini hanya rawatan untuk mengawal gejala ini sahaja yang dilakukan. Walaupun tiada kes virus ini dilaporkan di Malaysia tetapi informasi tentang wabak ini harus diketahui supaya masyarakat lebih berhati-hati dengan penularan wabak ini.



Saturday, 24 October 2015

Epilog Kisah Hidupku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para sahabat. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menghirup nikmat udara dan masih diberi kekuatan meneruskan perjalanan hidup yang penuh dengan pancaroba. Di kesempatan ini saya ingin mencoretkan serba sedikit tentang diri saya.
Nama diberi Norain Binti Azmi. Saya dilahirkan pada tanggal 30 Mei 1994 di sebuah hospital kerajaan yang terletak di Bandar Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Saya mempunyai lima orang adik beradik dan saya merupakan anak sulung di dalam keluarga. Saya telah memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri.
Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan bersederhana dalam setiap perkara. Saya amat bersyukur kepada tuhan kerana hidup saya lengkap dengan kehadiran insan yang bergelar ayah dan ibu serta adik- beradik yang lain. Ayah dan ibu merupakan individu yang paling saya sayangi dan hormati dalam hidup saya.
Walaupun kadang kala saya melakukan kesilapan mereka tetap menasihati dan mengharapkan yang terbaik untuk saya. Saya mempunyai seorang adik lelaki dan empat orang adik perempuan. Adik lelaki saya telah berkerja manakala adik perempuan saya semuanya masih bersekolah lagi.
Selain itu, saya seorang yang pendiam namun berpendirian tegas. Saya akan cuba melakukan yang terbaik dalam apa jua tugas yang dilakukan. Hal ini kerana saya merupakan anak sulung dan merupakan harapan utama keluarga di masa depan. Pada masa senggang saya gemar melayari internet mengumpul maklumat tentang sesuatu yang ingin diketahui.
Sekarang saya masih lagi melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang saya cuburi. Impian saya untuk menjadi seorang pendidik bangsa pada masa hadapan. Saya juga ingin menjadi seorang yang berilmu pengetahuan supaya dapat mencapai kejayaan dalam hidup dan sentiasa dihormati. Sekian saja daripada saya.