Saturday, 24 October 2015

Epilog Kisah Hidupku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para sahabat. Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menghirup nikmat udara dan masih diberi kekuatan meneruskan perjalanan hidup yang penuh dengan pancaroba. Di kesempatan ini saya ingin mencoretkan serba sedikit tentang diri saya.
Nama diberi Norain Binti Azmi. Saya dilahirkan pada tanggal 30 Mei 1994 di sebuah hospital kerajaan yang terletak di Bandar Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Saya mempunyai lima orang adik beradik dan saya merupakan anak sulung di dalam keluarga. Saya telah memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sidam Kiri.
Saya mempunyai sebuah keluarga yang bahagia dan bersederhana dalam setiap perkara. Saya amat bersyukur kepada tuhan kerana hidup saya lengkap dengan kehadiran insan yang bergelar ayah dan ibu serta adik- beradik yang lain. Ayah dan ibu merupakan individu yang paling saya sayangi dan hormati dalam hidup saya.
Walaupun kadang kala saya melakukan kesilapan mereka tetap menasihati dan mengharapkan yang terbaik untuk saya. Saya mempunyai seorang adik lelaki dan empat orang adik perempuan. Adik lelaki saya telah berkerja manakala adik perempuan saya semuanya masih bersekolah lagi.
Selain itu, saya seorang yang pendiam namun berpendirian tegas. Saya akan cuba melakukan yang terbaik dalam apa jua tugas yang dilakukan. Hal ini kerana saya merupakan anak sulung dan merupakan harapan utama keluarga di masa depan. Pada masa senggang saya gemar melayari internet mengumpul maklumat tentang sesuatu yang ingin diketahui.
Sekarang saya masih lagi melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang saya cuburi. Impian saya untuk menjadi seorang pendidik bangsa pada masa hadapan. Saya juga ingin menjadi seorang yang berilmu pengetahuan supaya dapat mencapai kejayaan dalam hidup dan sentiasa dihormati. Sekian saja daripada saya.