Pendidikan dan pembelajaran merupakan keperluan
dan isu yang sentiasa berkembang mengikut perubahan dan kehendak zaman. Hal ini
malangnya telah menyebabkan ia telah dieksploitasi bagi tujuan keuntungan
sesetengah pihak sahaja. Dalam isu kemasukan pelajar Timur Tengah ke IPT-IPT di
Malaysia berikutan kesan dari peristiwa 11 September 2001 kerajaan tidak
mengadakan sistem saringan yang ketat bagi memastikan mereka yang layak
memasuki IPT di Malaysia sebaliknya mereka hanya memikirkan poket 'pihak
tertentu' untuk mendapatkan keuntungan.
Sedangkan dalam masa yang sama kerajaan
telah meminggirkan pelajar bumiputera yang mempunyai advanced diploma
atau diploma lanjutan, mereka menghadapi masalah. Selain itu, dalam isu sekolah
kluster pula dikatakan mirip kepada pentadbiran sekolah swasta yang akhirnya
mementingkan soal keuntungan semata-mata sebaliknya mengenepikan kualiti
pendidikan itu sendiri. Hal ini juga menimbulkan kebimbangan rakyat yang
melihat bahawa cadangan tersebut akan mewujudkan mewujudkan jurang antara yang
miskin dan kaya) dalam sistem pendidikan Negara.
Selain
itu, tidak terkecuali bagi isu para ibu bapa pelajar sekolah yang dihantui
dengan bebanan yuran sekolah yang terkadang tidak munasabah dengan keperluan
pelajar. Contohnya, pada pembentangan Bajet Kewangan pada tahun 2008 yang lalu,
mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi telah mengumumkan penghapusan yuran
Sekolah mulai tahun 2008. Namun, pada 1 Januari 2008 ibu bapa diseluruh negara
digemparkan dengan caj Yuran Tambahan yang mencecah hingga RM 500.
Menghadapi era baru
memungkinkan seribu cabaran dalam mendidik anak bangsa. Pelbagai isu yang
melanda dunia pendidikan khususnya telah membuka mata pelbagai pihak untuk
sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali peranan pendidikan dalam membina
generasi yang intelek, bermoral dan berwawasan. Masih belum terlambat untuk
mana-mana pihak berwajib mengambil pendekatan dan perubahan yang lebih baik.
Oleh itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan bermula dari peringkat bawah
sehingga ke peringkat yang lebih tertinggi. Semoga pendidikan Negara akan mampu
memacu perubahan yang lebih drastik ke arah mencapai wawasan dan harapan ummah.


No comments:
Post a Comment